CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 19, 2009

TUJUAN & MATLAMAT PROJEK

TUJUAN

Tujuan utama projek adalah untuk memberi bantuan kepada penghuni-penghuni Rumah Titian Kaseh yang kebanyakannya terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim. Pada akhir projek ini diharapkan bahawa para pelajar akan:-

1.1 Memperolehi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat untuk disalurkan kepada pihak yang memerlukan;

1.2 Memperolehi pengalaman sosial dalam masyarakat tempatan;

1.3 Memperolehi pengalaman merancang, melaksanakan dan menilai sesebuah projek seumpama ini;

1.4 Memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli kumpulan dengan mengabungkan pengetahuan, pengalaman dan tenaga untuk merancang, menjalankan sesuatu projek;

1.5 Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap agar sentiasa prihatin dan peka terhadap keperluan pembangunan masyarakat;

1.6 Membantu pihak universiti mencapai matlamat pembangunan negara melalui pelaksanaan projek yang boleh mempercepatkan pembangunan masyarakat.

1.7 Memberi sumbangan ikhlas kepada masyarakat samada dari segi wang ringgit ataupun tenaga.



MATLAMAT

Matlamat Umum

1. membolehkan para ibu tunggal dan anak-anak yatim yang menghuni Rumah Titian Kaseh menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna;
2. supaya para penghuni rumah Titian Kaseh ini tidak rasa tersisih dari pandangan masyarakat sekeliling;
3. memupuk semangat kekitaan yang sentiasa prihatin dengan golongan yang memerlukan bantuan selaras dengan Tema Projek : 1 Masyarakat, 1 hati.

Matlamat Teknikal

1. meringankan sedikit sebanyak bebanan perbelanjaan harian dan menampung keperluan asas ibu tunggal dan anak-anak yatim di Rumah Titian Kaseh;
2. menghubungkan masyarakat luar dengan penghuni Rumah Titian Kaseh;
3. meringankan tanggungan kerajaan dalam memperuntukan dana khas kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti ini.

Matlamat Pelaksanaan

1. penghuni Rumah Titian Kaseh akan dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa dan terjamin;
2. menjelaskan peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat dalam menangani masalah golongan seperti ini;
3. memberi peluang kepada masyarakat untuk sama-sama menghulurkan bantuan samada dari segi tenaga ataupun wang ringgit.

0 comments: