CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 19, 2009

PENGENALAN

Laman blog ini adalah untuk mempromosikan satu program berbentuk amal bagi mengumpul dana yang seterusnya akan disumbangkan kepada para ibu tunggal dan anak-anak yatim di Rumah Titian Kaseh (RTK), Titiwangsa Kuala Lumpur. Program ini akan dilaksanakan melalui kutipan sumbangan dan aktiviti mencuci kereta yang akan dilangsungkan di tempat letak kereta Jabatan Seni Taman, berhampiran Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Seramai 17 orang pelajar pengajian luar kampus (PLK) terbabit didalam projek khidmat masyarakat ini yang terdiri daripada pelajar yang sedang mengikuti Program Ijazah Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Pengurusan Awam di Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur.

Projek ini juga dilaksanakan adalah untuk melengkapkan keperluan kursus Kokurikulum Khidmat Masyarakat bagi semester Oktober sesi 2009/2010. Kumpulan 17 orang ini akan dibahagikan kepada 2 kumpulan kumpulan kecil; 15 orang akan menyertai kumpulan aktivti “Jom Cuci Kereta” dan dan 2 orang lagi akan menyertai kumpulan riadah bersama-sama penghuni Rumah Titian Kaseh.

0 comments: